Pages

Sunday, January 26, 2014

Saudagar Sup Utara Xtra Power

Jikalau anda berada di sekitar Senawang, jangan lupa singgah ke gerai Sup Power Saudagar (bersebelahan stesen minyak Petron). Gerai ni dah lama nampaknya di kawasan Senawang ni tapi hanya baru-baru ni dijumpai penulis. Pemiliknya bernama Syed, berasal dari P.Pinang.

"Simple but noticeable"

Suasana gerai ~ petang tak berapa ramai, tapi bila malam, packed.
Gerai - gerai sebegini adalah antara gerai yang disukai penulis kerana ada 'pengkhususan', iaitu gerai ini ada menu utama (sup), manakala menu yang lain - lain hanyalah sebagai sampingan. Bila ada pengkhususan boleh gerenti 90% menu utama mesti sedap, takdelah macam gerai -  gerai yang ada macam - macam menu tapi satu pun tak sedap.


Menu utama. Murah dan sedap bros


Sup + Nasi.  Standard fare untuk mereka yang datang nak nikmati sup saja 

Ekor

Sup Tulang. Peeeeeeeeeeh.

Lagi gambar Full Course sekali nasi.

Lain Angle.

Kenapa mesti datang sini :
  • Sup dia memang power!!
  • Saiz hidangan yang agak banyak, contohnya sup ayam yang berharga RM 5; ada dua ketul ayam bersaiz besar (kebiasaannya di kedai - kedai lain, ayamnya dipotong kecil - kecil supaya nampak banyak)
  • Servis pantas, dalam 3-7 minit boleh dapat pesanan

Perkara yang boleh ditambah baik:
  • Perabot & hiasan kedai boleh tambah baik lagi, contohnya meja kayu tu cantik dah, tapi kalo semua meja kayu lagi baeeek.
  • Tak ada menu roti @ yang boleh dicicah dengan sup
Waktu perniagaan gerai adalah dari pukul 5 petang hingga 12 malam setiap hari. Tapi make sure call owner dia dulu kalo anda datang dari jauh, mana la tau tiba -  tiba kedai tutup pasal emergency (saya dah terkena) :(

Jika berminat nak tempah @ sebarang pertanyaan, hubungi: 
Syed (Owner) - 010-7795877


4 comments:

Norma NML said...

Bestnya..saya n family pun suka bab2 JJCM ni..:-)


http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com

miaqaisarah said...

Sedapnya sup.. memang faveret ni.. InsyaAllah boleh try nanti kalau ke Senawang..

Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula :)

http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/

rodo said...

terimakasih infonya,,
sangat menarik dan bermanfaat,,
mantap,,

winen lose said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Yang Lain - Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...