Pages

Wednesday, November 24, 2010

Nasi Goreng Cendawan Johnny's

Aku selsema hari ni. Achoooooooo! So, seluruh keluarga aku ambil keputusan untuk pergi makan makanan panas dan bersup. Elok untuk selsema dan sakit tekak kata orang. Apa lagi, steamboat, here we come!

Restorannye penuh je selalu aku tengok.
Destinasi hari ni: Restoran Johnny's Jusco Seremban 2. Penggemar - penggemar steamboat mesti pernah dengar pasal Restoran Johnny's ni. Boleh katakan, hampir semua Jusco ada restoran ni. Walaupun ni restoran yang makanan utamanya adalah steamboat, tapi, hari ni aku nak review satu makanan je dari menu dieorang, iaitu Nasi Goreng Cendawan. Nasi ni harganya hanya RM 6.90 (tak termasuk service charge), harga yang aku rasa berbaloi memandangkan rangkaian restoran Johnny's ni nampak macam eksklusif.


Thursday, November 18, 2010

Asam Pedas Tetel Juara - only champions know the feeling

Best dak tagline aku buat kat atas? Hahaha... Aku memang suka asam pedas. Dapat pulak asam pedas Melaka. Orang Negeri Sembilan panggil lauk asam pedas masak asam. Tak kesahlah panggil mana satu, bendanye same aje. Jadi hari ni kita akan review lauk asam pedas di salah sebuah restoran yang agak terkenal di Senawang ni, Juara Char Kuay Teow (memang dia ada jual char kuey teow, tapi yang itu kita review lain kali). Hehehe.

Kedainya simple, dalam pun ada kerusi, tapi tak ada orang duduk.... semua suka angin luar kot.

Untuk lauk asam pedas, Juara CKT ni ada menyediakan lauk asam pedas tenggiri, tetel, pari dan kembung. Untuk hari ni aku order asam pedas tetel.


Wednesday, November 17, 2010

Makan Arab Sehh... Nasi Arab Damsyik

Baru - baru ni kiteorang pergi makan kat Nasi Arab Damsyik Senawang (NAD). Tanya saja mana - mana orang Seremban, mesti tau punya, kalo tak tau atau tak pernah dengar pasal NAD memang patut tukar daerah la. Hahaha!

Suasana depan restoran
Kami order set Thalasa (3) yang untuk 3 orang makan, harganye hanya Rm20. Pilihan air agak terhad masa kiteorang kat situ (sebab air mangga takda), so kami order air anggur kotak arab, RM12 je kalau tak silap.


Yang Lain - Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...