Pages

Sunday, January 26, 2014

Saudagar Sup Utara Xtra Power

Jikalau anda berada di sekitar Senawang, jangan lupa singgah ke gerai Sup Power Saudagar (bersebelahan stesen minyak Petron). Gerai ni dah lama nampaknya di kawasan Senawang ni tapi hanya baru-baru ni dijumpai penulis. Pemiliknya bernama Syed, berasal dari P.Pinang.

"Simple but noticeable"

Suasana gerai ~ petang tak berapa ramai, tapi bila malam, packed.
Gerai - gerai sebegini adalah antara gerai yang disukai penulis kerana ada 'pengkhususan', iaitu gerai ini ada menu utama (sup), manakala menu yang lain - lain hanyalah sebagai sampingan. Bila ada pengkhususan boleh gerenti 90% menu utama mesti sedap, takdelah macam gerai -  gerai yang ada macam - macam menu tapi satu pun tak sedap.

Wednesday, January 8, 2014

Steak Facts 01


Suka makan steak?

Ada banyak cara stik yang kita pesan tu boleh dimasak....selalunya di hotel - hotel atau restoran - restoran fancy atau yang memang specialize in western food kita boleh minta pada pelayan bagaimana kita mahu stik kita dimasak. Takde la asyik - asyik dapat stik keras macam selipar  macam kat foodcourt T***O tu... Dibawah ditunjukkan degree of doneness sesuatu steak itu;

Gambar ihsan internetttts
Contoh masa ngorder;

Anda: "Saya nak satu Sirloin Steak. Medium Rare yer."

Pelayan: " Sini jual sushi je encik"

......

Sekian.



Tuesday, February 19, 2013

Street Food - Ayam Goreng Ummi

Ayam goreng. Orang kita memang suka makan ayam goreng. Tambahan pulak dengan harga ayam yang murah dan senang didapati, tak hairanlah francais - francais macam KFC tu boleh tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kali ni kita berkunjung ke gerai  Ayam Goreng Ummi dekat Taman Telawi, Ampangan untuk merasai keenakan ayam goreng homemade orang Seremban.

Simple je signboard dia. Tagline tu memang betul, "rangup dan sedap". Peeeeh.

Tuesday, February 12, 2013

Nampak Sedap - Pavlova

Segmen baru ni dinamakan Makan Sedap. Dalam segmen ni saya akan review / post gambar - gambar juadah dan hidangan untuk bacaan semua.

Pavlova mini sedang dihias
Dessert  a.k.a manisan ni berasal dari New Zealand / Australia. Ia dinamakan sempena nama penari ballet Russia Anna Pavlova. Dibuat dari gula kaster, putih telur dan buah - buahan, mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan. Tambah lagi kalau ada whip cream dekat atas Pavlova tu. Hidangan ini kalau dimakan ketika sejuk akan menghasilkan kesan nyaman (terutamanya kalau pakai buah strawberi / kiwi). Nak Resepi? Cari kat Google. Haha!

Sedikit pautan mengenai Pavlova:
Wikipedia

Lagi satu gambar last kasi leleh

Thursday, January 31, 2013

Nafas baru!

Setelah 2 tahun blog ini sunyi sepi....content baru akan dimasukkan tak lama lagi! Sistem rating sedia ada juga akan digantikan dengan sistem yang lebih praktikal...tunggu~~

kredit kepada pembuata asal. tq ya~
Nah cara - cara buat bekas snek instant. Random gila.

Yang Lain - Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...